"Allah tak janji yg belajar 24 jam jadi pandai,
Allah tak janji yg kerja siang malam jadi kaya."
"Dia cuma janji siapa solat dia Berjaya."
Ya Allah, jujur aku tak kuat. kerana Mu aku mesti kuat.
Ya Allah, kuatkanlah keyakinan ku terhadapMu,
Kuatkanlah keimanan ku kepadaMu,
Kuatkanlah diriku dari Nafsu segala .
Doakanlah diriku, untuk sentiasa tabah dengan hidup ini.
Jadikanlah aku muslimah yang sejati jika tidak di dunia biarlah di akhirat nanti.
Pertemukanlah aku dengan orang yang sentiasa bersamamu.
Lindungilah aku dari malapetaka yang membawa kemudaratanku.
Ya rabb, andai diriku pergi sebelum mereka.
Akhirilah kehidupan dunia ku dengan Kalimah 'Allah' bukan yang lain.
Kepada sesiapa yang mengenali diri ini,
maafkan segala kesalahan ku yang sudah pasti aku lakukan.
kerna aku bukan malaikat yang sentiasa patuh akan perintahNYA
tapi aku hanya manusia yang tiada noktah berbuat dosa.
Doakan aku mendapat keberkatan dari Allah yang Esa di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment