Monday, 27 April 2015

"Allah tak janji yg belajar 24 jam jadi pandai,
Allah tak janji yg kerja siang malam jadi kaya."
"Dia cuma janji siapa solat dia Berjaya."

Ya Allah, jujur aku tak kuat. kerana Mu aku mesti kuat.
Ya Allah, kuatkanlah keyakinan ku terhadapMu,
Kuatkanlah keimanan ku kepadaMu,
Kuatkanlah diriku dari Nafsu segala .

Doakanlah diriku, untuk sentiasa tabah dengan hidup ini.
Jadikanlah aku muslimah yang sejati jika tidak di dunia biarlah di akhirat nanti.
Pertemukanlah aku dengan orang yang sentiasa bersamamu.
Lindungilah aku dari malapetaka yang membawa kemudaratanku.

Ya rabb, andai diriku pergi sebelum mereka. 
Akhirilah kehidupan dunia ku dengan Kalimah 'Allah' bukan yang lain.
Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, 
maafkan segala kesalahan ku yang sudah pasti aku lakukan. 
kerna aku bukan malaikat yang sentiasa patuh akan perintahNYA
tapi aku hanya manusia yang tiada noktah berbuat dosa.
Doakan aku mendapat keberkatan dari Allah yang Esa di dunia dan akhirat.



Ingat wahai diri :') moga kau tabah

Bila kau berubah,
Pasti ada yang tak suka
Katanya dah cukup baik
Tapi kau cuba tuk berlapang dada

Bila kau cuba tuk menasihati
Pasti ada yang menjeling
Katanya bajet alim,ustazah
Tapi kau cuba berlapang dada

Bila kau berdiam diri
Pasti ada yang mengata
Katanya dah boleh masuk syurga
Tapi kau cuba tuk berlapang dada .. 

TapiDalam diam,Kau sedih,terluka,kecewa
Allahuakbar.
Tatkala kau kecewa dengan sikap manusia,
Bercerita lah kepada Allah,
menangis lah di hadapanNya. 
Sesungguhnya Dia sedang mendengar,
Dia sedang melihat.
Bangunlah, Jangan kau jatuh kerna mereka.
Ingatlah janji Allah dan syurgaNya
Ingatlah bukan mereka yang akan mengadili kau nanti di akhirat.

Oleh itu,Niatkan dalam dirimu ,

'Lillahi Taala'Niatkan untuk Allah, untuk redhaNya .
Semoga kau terus kuat
InsyaAllah,amin
Allah temukan kita dengan macam-macam orang. 
kerana Allah nak kita kuat. 
Jadi pandai-pandailah pilih teman yang soleh dan solehah